Monday, July 6, 2020

Pengalaman Belajar Diploma di KPMSI

Hai! Assalamualaikum buat para pembaca disayangi sekalian😊 

   Setelah berminggu-minggu tak mengadap laptop mengarang di blog, so hari ni I'm back!!😎 Rindu sebenarnya nak mengarang kat blog ni. Tapi disebabkan kekeringan idea nak menulis pasal apa kat blog, terus tak sentuh. Lagipun tgh busy carik keje skrg.. haih, susahla nak dapat keje skrg nih... Lps pkp ni lah.. Mintak dalam 3,4 tempat tapi xde yg memanggil😥 Ada la org tealive pggl msetu, tapi aku tak pegi pun. Alasannya, mak ayah aq xharap aq boleh keje lebih masa kt sne. dhla kat taiping. Kemungkinan balik pkl 12 tgh mlm jgk kot. Nak kemas tempat lagi. Hurm.. Ok dah cukup. Haha. Orang nak citer psl pengalaman belajar je, ni dah melalut tempat lain plk.😂

    So, kenapa aku nak citer psl Pengalaman aku belajar di KPM. Hal ini kerana,.. cewah, macam karangan BM wooo.. heheh. Yela, aku ringkaskan. Sepanjang PKP haritu, ada beberapa orang pm or dm aku thru ig tanya about my studies kat kpm. Literally, more to my course la. Dari situ la aku terinspirasi nak mengarang pasal topik nih.. huhu. Aku citer hal2 luaran je eh tak sentuh hal-2 personal. Kalau korang nak ambik note ambiklah, kot2 nak gitau kat kengkawan ke, adik-beradik or sedara mara yang nak sambung belajar kat mana lps spm tu kan.. So, this is a good choice to study. And for those yg nak baca sekadar suka2 pun takpe.. I'll appreciate it! Ambik sbg menambah ilmu pengetahuan pun boleh... 


   Aku mula masuk belajar balik pada bulan Mei tahun 2018. Aku masuk time intake ramai. Menyesal aku haha. Gurau je ek. Sape yang tak tahu apa itu KPM, tu singkatan kepada Kolej Profesional Mara di cawangan Seri Iskandar, Perak. Aku ambek kos diploma in Marketing. Aku nak citer sikit psl kisah lucu yang xbpe lucu sgt la. heheh. Senanye aku tau kpm ni dari kawan aku lg, tp aku jmpe balik nama kpm ni lps aku gi pameran kat dewan bunga raya tu. So, ayah aku suruh daftar masuk situ.. Nak dijadikan cerita, aku nak ambek kos English Communication memandangkan aku minat BI. Tp malangnya, depa tgk gred la plk. aq BI time SPM haram betulla. Aq xdpt capai piawaian yg depa nak. Takpela xde rezeki. Tapi nasib baik aku tak amek kos DEC tu sbb agak mencabar jgk kos dia. Akhir sem ade intern plk. Malas aku nak lama2. haha. Pastu aku beralih kpd International Business plk sbb nama dia nampak glamour dan gah. HAHAH. Aku pilih bukan sbb minat, tp sbb glamour. hurmm. Pastu aku bgtau ayah aq yg aq amek kos tu, last2 ditolak mentah2.. Dia suruh aku amek kos Marketing. Mula2 macam xnak la kos ni, mcm xfemes je. haha. Tapi disebabkan sifat ingin tahu aku terlalu tinggi utk kos nih, so aku terima jugak akhirnya.. Sebab kos ni rare sgt n xla teruk sgt kan nama dia. hehe. Last2 aku dapat.. Alhamdulillah.. No wonder la ramai orang luar tnye aku psl kos ni.. Sbb xpenah dgr lagi kos Marketing kat mne2. Sbb tak glemer. Patutla dlm byk2 kos, kos kami plg sikit orang.😆 Lol. Tp tkpe, lg sikit lg bagus.. haha. Klw dulu aq tak tau nak tnye spe, aku maen try n error jela tnpa tnye org berpengalaman.. Nak bgtau yg budak2 skrg makin bijak arr. Tak malu bertanya.. 

    Buat sape2 nak sambung belajar di KPM, kat sana ditawarkan empat kos yang berlainan iaitu Diploma in English Communication (DEC), Diploma in International Business (DIB), Diploma in Marketing (DMK) and last, Diploma in Business Information Technology (DBIT). Err, yg dbit tu aku tak ingatla nama panajang dia. Rsenye betul kot. Heh. Pengajian utk ketiga2 kos ambil masa selama 2 tahun setengah kecuali DEC. Diorg kne buat intern smpai hujung tahun tak silap. Takpun 3,4 bulan centu. Contoh klw dah final sem bln 5 2020, So, diorg kne sambung lg brp bulan la utk internship.  

        Setiap kos ada enam (6) semester. Semester terbahagi kepada dua. Long Sem and Short Sem. Long sem ada ada 4 kali iaitu sem 1, sem 3, sem 4 dan sem 6. Short sem pulak ada 2 kali iaitu sem 2 dan sem 5. Dua2 ada advantage. Jgn pandang rndh pd short sem. haha. Kita lari topik sikit, aku perasan, ni dari perspektif aku jela. Aku perasan yg kebanyakan orang yg belajar kat kpm ni sume pandai2.. Rata2nya diorg dari MRSM la, sekolah asrama penuh ape sume. Bukan setakat tu, diorg pun dari keluarga yg kaya-raya jgk. Selalunya, orang yg masuk kpm ni yg berpendapatan rendah or else. Yela, siap diberikan elaun setiap bulan. Kadang RM300, kadang RM150. Depends on bulan tu. Klw bulan tu byk cuti, pihak MARA bg RM150 dan sebaliknya. 

        Sbnrnya ramai org luar tak tau akan kelebihan belajar kat KPM ni.. Maybe kurg Marketing or what. Boleh jd org anggap ni institusi swasta yg kena byr mahal.. So, sedih! Bljr sini tak pyh nk byr ptptn lgsg (klw xsambung degree lg la) Padahal, sama je level diploma KPM dgn institusi awam yg laen... Hurmm.. Takpe la xramai pun takpe sbb nnti MARA kne byr elaun byk2 plk. Kang bangkrap plk. dah la maintenance tggi. lol gurau je😁 Org nak belajar biarla.. aduhaii.. Tp tula, masih lg org pndg rndh kat kpm ni..😌 So, dgr ni msti la rasa nak study tu makin kuat, tak payah fikir hutang pape dah.. Alhamdulillah.. Government nak bantu pelajar Melayu. So, sape yg dapat biasiswa under MARA, dan dapat habiskan degree, so org tu dapat kontrak bekerja under MARA selama beberapa tahun. Untung, kan? Lepas belajar terus dapat kerja. Tak pyh carik susah2 dah. Janji kau dapat keputusan yg cemerlang. 

           Then, pasal sem tadi tu, utk long sem ada 7 subjek. Short sem ada 3 subjek. Kat sne diorg xsebut subjek, diorg sebut kos. Tak psti knp, maybe dah level kolej kot, but faham2 la kan. Utk sem 1 dan sem 3 akan ade Ko-q atau kokurikulum. Sem 1 semestinya kawad or bomba kot. Sorry tak ingat sgt. Nasib aku lulus.. hehhe. Pastu sem 3 tu ade ko-q jgk, cuma kalini korg boleh pilih game/kelab ape nak amek. baminton ke, bola jaring, silat, memanah n mcm2 la.. Subjek2 lain pulak macam accounting, business maths, mandarin, english proficiency, marketing dsbnya.. Haa for those yg xpenah amek akaun mse spm dulu, jgn risau sbb aku pun tak penah amek lgsg. Alhamdulillah aku boleh catchup wlwpn kwn2 yg laen dah mahir buat akaun bgai.. Issokay, jgn rasa rendah diri sgt. Kawan aku bdk sains dlu pn boleh dpt A+ akaun tau. Pdhl xpenah amek pn.. Role model tuu.. Tapi akaun sem 4 mencabar sikit. Tapi jangan risaulah, Lecturer2 kt kpm ni sgt memahami pljr tau. Diorg boleh guide korg sebaik mungkin. Tu kelebihan bljr kat kpm nih...😄 Oh ya, sebelum saya lupa, Scheme of Work yg sllu lect bg tu simpan sampai bila2 ye. klw xde , mintak kat lect sndiri. sbb klw korg nk sambung degree n nak cut credit, boleh tunjuk balik SOW tu. Korang faham2 la nanti psl benda tu.

        Dari segi akademik, kau akan dinilai berdasarkan markah assignment dan examination. Esaimen ada dua jenis iaitu individual dan group. individual tu korg sesorg jela, klw grup mcm partner 2-2 ke, bertiga berempat n so on. So, rajin2 la bersosial ngn kwn2 ye. Takut ada yg bias plk. heheh. Exam mcm biase lah. Zmn sekolah lg ade dah.. ade test 1, test 2 and final exam. Then, kena jaga pointer! ni penting even short sem sklipun. klw pointer kau jatuh, takpe. Tapi kau kena struggle balik arr nak daki balik. Jenuh! Nanti lecturer akan bgi penerangan psl gred/pointer ni. Klau result bagus, boleh dapat COPA / Dekan. COPA singkatan kepada College Outstanding Performance Awards. utk long sem sahaja.. Oh ya, sape2 yg failed mana2 subjek termasuk ko-q, kena repeat balik next sem. Depends jgk.

       Utk kos marketing, sem 4 akan ada kos Entrepreneurship iaitu subjek berniaga~~ Yg suka, sukalah. Yg kurg suka, nak tak nak kau kne perah idea fikir nak berbisnes ape. Target 3k sales tau. Sumpah best subjek nie.. Tak rugi belajar. Dapat pengalaman free plk tuh.😍 Lecturer aku dulu kelakar gila nak mampus! hahahaahh😂 Sbb tu aku cakap best. N lagi satu, yg agak dan plg mencabar sikit utk kos Marketing ni, sem 6 kau kena amek kos Sales and Event Management. Yg ni korg akan diberi pendedahan dari sem 3 lagi. Nanti lecturer korg akan guide. Dan korg akan meniaga utk dapatkan modal, each for individual and group. Then, cari sponsor, aktiviti apa nak buat, luckydraw n sbgnya utk buat event korang gempak. Pandai2la. So, bersiap siaga dari segi mental dan fizikal. Tak teruk manapun, cuma daya fikir korang kena tggi lagi utk selesaikan masalah yg ada. Nnti dah sem 6, tiap2 mggu akan ada meeting utk event tu. hehe. issokay pengalaman berharga kot. Kitorg sampai gelar kt kos sndiri "Diploma in Meeting" larh.. sbb meeting je kejenye. hahaha. Jadual kitorg memang padat tambah2 bila sem 6. Takpe, lps habis bljo, ko xrse dah sume tu. Msti rindu la tambah2 bab jmpe kgkwn. Ok, habis psl akademik. 



        Now, etika dan peraturan di kolej Profesional Mara. Jujur aku cakap, peraturan dkt sini sgt ketat. Dia xrumit mne pun.. Ikut org tula.. klw boleh ikut, baguslah. klw x, kemungkinan digantung or else. Tujuan pihak MARA buat mcm tu ada la sbbnya. Sbb dah diberi mcm2 kan mcm elaun, yuran murah n so on, takkan diorg nak biarkan student enjoy sesuka hati plk. Jgn bandingkan lgsg dgn Uitm or UTP yg berdekatan kat situ. Its totally diiferent. Yela, bljr kat situ kemungkinan kau belajar sama ada tajaan PAMA (papa mama kau) atau pinjaman PTPTN... Tu sendiri2 punya kau punye psllah. Kat Kpm ni akan ada waktu curfew iaitu weekdays boleh keluar dari pukul 8 pagi sampai 7 petang, manakala weekend dari pukul 8 pagi sampai 9 malam (Jumaat - Ahad). Pastu sape yang duduk kamsis (hostel), sem 1 adalah wajib ye even rumah kau dekat. Setiap Isnin sampai Khamis, kena turun surau untuk solat Maghrib dan Isya'. Jgn liat takut kena catit nama. Felo (warden) selalu perhati ye anak2 sekalian. Princess Hour tiap hari jumaat bg student perempuan di kamsis. Kemungkinan besar klw nama kau dah kotor, sem dpn susah dah nak duk kamsis lgi kecuali dgn rela hati. Boleh duk rumah sewa kat luar klw xsuka ngn peraturan di kamsis. duduk ramai2. Macam aku alhamdulillah, sem 1 sampai sem 6 dapat duk kat kamsis. kau klw nak duk kamsis lama, kau kaya sklipun tapi disiplin kau baik, tinggi, InsyaAllah, boleh duk next sem. Sbb sllunye, felo akan beri kpd yg berpendapatan rendah dulu. Tu bonus. Aktif dlm kelab or pointer tggi pun diambil kira jgk utk stay kamsis ni. Dulu aku hampir2 xdapat, so aku buat surat rayuan. Nasib baik. Adela sbbnye aku nak duk kamsis lama. Then, jgn jerit2 or terkinja2 lps pkl 11 malam ye anak2. Its time to sleep. Klw nak study boleh. Tapi kne senyap la. N last, jaga kebersihan. Klw yg perempuan ada period tiap2 bulan, pastikan anda buang pad dalam tong yg disediakan khas utk korg tu. Wajib ye! Jgn gi buang sampah dlm tong tu plk. Tong buang pad dgn tong sampah lain hokay!


      Etika berpakaian plk, setiap hari kena pakai baju kurung or jubah bagi perempuan and baju kemeja or baju Melayu bagi lelaki kecuali hari selasa digalakkan memakai baju korporat ikut kos masing2. Nanti korang akan dapat mse bljr nanti. Kekemasan penting ye utk lelaki dan perempuan. Yg perempuan msti bertudung labuh dan menutupi dada. Baju kurung kena longgar dan tak jarang. Lelaki pun sama, baju kena longgar dan rambut sentiasa pendek. Kasut mesti bertutup dan berwarna gelap ye guys~ 

          Ok last, klw korang nak shopping online pun boleh, ada disediakan tempat parcel sume... Senang la beshopping sakan nanti. hehe. selain itu, kemudahan seperti ATM pun ada jgk.. So, korang boleh transfer duit or apa2 guna ATM kat situ je. Klinik pun dekat klw sakit. 

            Finally, sepanjang aku belajar kat sini alhamdulillah, aku dapat disiplinkan diri aku dengan baik. Xpenah lg aku mcmni haha. Aku nakal teruk time sklh dlu. Nama aku bersih dari dicatit mana2 buku rekod wlwpn hampir2 kena. haha. Aku pun ade nakal jgk tp berpada2 la. Jgn sllu sgt.. Buat keje kena 'clean'. Result aku pun alhamdulillah tersangat2 ok wlwpn agak frust sikit. Sikit je la. Sbb tu pointer kena maintain tggi. Jgn memaen dah. Pastu, korang yg nak belajar tu jgn ponteng2 kelas la ye. Kesian lect hari2 nak kena key in nama korang. Silap2, 'surat cinta' yg sampai kot.😆 Hormat lecturer ye. Sentiasa aktif dlm kelab jgk. Jadi MPP or RC ke.. Simpanlah matlamat setinggi yg mungkin spya dpt banggakan mak ayah yang dah berkorban banyak masa dengan kita sejak kecil. Kini, giliran kita pulak untuk berjasa dekat diorang. Kuatkan iman, cekalkan hati. Sesungguhnya, akan ada banyak cabaran dan dugaan yang akan dihadapi semasa belajar nanti. Mudah-mudahan korang yang nak belajar tu sentiasa kuat pendirian, okey. InsyaAllah, ada kejayaan kat sini. Byk benda akan dipelajari kat KPM tercinta nie💓 

p/s: Kalau ada apa2 pertanyaan, sila komen di bawah ni ye. Jgn malu2 InsyaAllah yg mne kurang saya boleh bantu. Apa yg saya cerita ni berdasarkan pengalaman sendiri la ye. Klw salah, saya minta maaf siap2. Bye! Selamat Maju Jaya.💗🙋

       




2 comments:

  1. Ada had umur tak kalau nak nk masuk kpm ni.. btw, content yg sgt menarik. X jemu sy baca. Terima kasih ya kongsi pengalamn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai... ada awak. had umur maksimum sampai 35 tahun sahaja.

      Delete